Heeramandi musim kedua bakal jalani penggambaran - Utusan Malaysia

Heeramandi musim kedua bakal jalani penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas mencipta kejayaan menerusi naskhah pertama berjudul Heeramandi : The Diamond Bazaar, Netflix mengumumkan drama bersiri popular tersebut bakal menemui penonton buat musim kedua.

Pengumuman itu dibuat dalam satu acara khas yang diadakan di Carter Road, Mumbai, India, semalam.

Diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali, Heeramandi : The Diamond Bazaar dilaporkan telah menjalani penggambaran selama 350 hari dengan kos yang tinggi.

Malah, demi merealisasikan naskhah kesayangan Sanjay itu, pengarah tersebut dilaporkan sanggup tidak berehat walau sehari sejak pelakon, Alia Bhat mula memasuki set penggambaran.

Bagaimanapun, Sanjay mengakui, segala jerih perih yang disalurkan demi memastikan naskhah tersebut menjadi seakan berbayar apabila drama itu berjaya memasuki carta 10 di saluran Netflix.

Menurut Sanjay, antara yang menarik bakal dipertontonkan kepada peminat naskhah berkenaan ialah bagaimana kesemua wanita di Heeramandi bakal meneroka dunia baharu dalam bidang filem di Bollywood.

“Di musim kedua, wanita-wanita ini akan berhijrah daripada Lahore ke dunia glamor perfileman. Mereka akan meninggalkan Lahore selepas perpecahan dan kebanyakan mereka menceburi industri filem di Mumbai atau di Kolkata.

“Perjalanan mereka sebagaimana di bazar itu masih kekal sama di mana mereka masih akan menari dan menyanyi. Tetapi kali ini mereka buat demikian untuk penerbit-penerbit dalam industri, bukan lagi untuk golongan elit.

“Itu antara apa yang kami rancang untuk musim kedua ini. Kita lihat bagaimana nanti,”katanya.

Drama bersiri ini telah dibarisi oleh bintang-bintang ternama Bollywood antaranya Manisha Koirala, Sonakshi Sinha, Aditi Rao Hydari, Richa Chadha, Sanjeeda Sheikh, Sharmin Segal Mehta dan Taha Shah Badussha.

Tidak cuma itu, turut menjayakan drama ini termasuk Adhyayan Suman, Fardeen Khan, Shekhar Suman, Jayati Bhatia dan Shruti Sharma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya