Haji Zil kesal wujud 'scammer' guna nama syarikat produksi miliknya - Utusan Malaysia

Haji Zil kesal wujud ‘scammer’ guna nama syarikat produksi miliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan pemilik produksi Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh, meluahkan rasa kesal apabila mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memperdaya orang ramai dengan tawaran palsu untuk berlakon di bawah syarikatnya.

Menurut Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zil, individu terbabit turut meminta bayaran daripada mangsa-mangsanya sebelum menjanjikan peluang lakonan di bawah syarikat produksinya.

Berikutan itu, Haji Zil berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih menerima aduan berhubung perkara tersebut.

“Pihak Zeel Production tidak pernah memungut sebarang wang daripada orang awam untuk menjadi talent atau pelakon tambahan drama kami.

“Jika ada yang meminta wang dan membuat cubaan untuk memeras atas nama Zeel Production, sila laporkan kepada pihak kami dan kami akan membuat tindakan undang-undang,”katanya dalam satu hantaran di Intagram, kelmarin.

Menerusi hantaran yang sama, Haji Zil turut melampirkan bukti perbualan yang dapat dikesan olehnya berhubung tindakan penipuan individu terbabit.

Dalam pada itu, Haji Zil mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana individu dalam pencarian pelakon tambahan.

Malah, katanya, segala pencarian bakat baharu akan diuar-uarkan menerusi media sosial rasmi mereka sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya