Guna imej kurang sesuai, Nilofa Group mohon maaf - Utusan Malaysia

Guna imej kurang sesuai, Nilofa Group mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menerima baik kritikan dan kecaman warganet susulan menggunakan imej berbaur ‘soft porn’ bagi mempromosikan produk makanan kesihatan wanita, syarikat Nilofa Group yang dimiliki oleh pengacara dan usahawan selebriti Neelofa membuat permohonan maaf secara terbuka semalam.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Nilofa Group mengakui timbul salah faham dalam kalangan warganet yang tidak bersetuju dengan penggunaan beberapa imej kerana dianggap kurang sensitif.

“Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan dengan rendah hati menerima segala teguran yang diberikan netizen dan berjanji akan menggunakan teknik pemasaran yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat umum.

“Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini. Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” ujarnya.

Difahamkan, beberapa imej sensitif yang didakwa berbaur lucah sudah dipadam.

Semalam, kecoh dalam media sosial apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, didakwa mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri.

Paling yang membuatkan netizen kecewa adalah foto pada iklan produk berkenaan didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat dan tidak sesuai dijadikan sebagai teknik pemasaran.

Antara imej sensitif yang digunakan ialah buah pic yang dikatakan disamakab sebagai alat sulit wanita.

Penggunaan imej sebegitu juga dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang merupakan wanita berhijab dan berpurdah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya