Afdlin Shauki bukukan filem Papadom

Afdlin Shauki bukukan filem Papadom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan penerbit filem, Datuk Afdlin Shauki menambah satu lagi ‘jawatan’ dalam profil kerjaya seninya dengan bergelar penulis novel selepas menghasilkan buku berjudul Papadom yang mula dipasarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Afdlin, novel setebal 160 muka surat itu merupakan terjemahan daripada skrip filem arahannya, Papadom pada tahun 2009.

Katanya, naskhah itu juga menjadi pilihannya kerana kisah itu mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi.

“Cerita Papadom ini saya tulis kerana sebagai seorang ayah, ada rasa kesal dalam diri saya kerana tidak dapat menjadi ayah yang terbaik dan saya mula berfikir tentang ciri-ciri ayah yang terbaik yang saya mahukan.

“Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia ini yang mempunyai dilema yang sama. Bapa yang menyayangi keluarganya dan mahu memberikan kehidupan terbaik kepada keluarganya.J adi dia bekerja keras untuk keluarganya sehingga tak dapat meluangkan masa bersama keluarga yang dicintai itu,”katanya.

Tambah Afdlin, antara intipati menarik dalam buku tersebut turut menyentuh mengenai kepentingan menyeimbangkan setiap perkara dalam kehidupan yang mana ia juga telah diterjemahkan menerusi karya filem sebelum ini.

“Tiadanya keseimbangan dalam kehidupan adalah antara sebab utama permasalahan dalam keluarga. Selalunya manusia berubah bila ada satu insiden besar yang menyentap kehidupan mereka.

“Sewaktu bermain scrabble dengan isteri, saya merenung wajahnya dan bertanya pada diri ini, kalau sesuatu berlaku pada dirinya, apakah saya mampu untuk mengambil alih tugas sebagai ibu kepada anak anak?

“Persoalan itulah yang mencetus idea untuk saya hasilkan naskhah Papadom. Sebagai ibu bapa, kita tak dilahirkan dengan buku manual bagaimana nak menjadi ibu bapa yang baik, akan tetapi, kita kena percaya yang Allah SWT akan sentiasa ada bersama dengan kita dan memberi pengajaran yang terbaik bagi diri kita,”katanya.

Dalam pada itu, Afdlin juga menasihatkan semua individu supaya bersikap berani melakukan kebaikan selain berharap buku Papadom ini mampu menyuntik manfaat buat semua pihak.

“Kita mesti berani melangkah masuk ke alam Papadom dan hadapi segala dugaan dan cabaran. Semoga buku ini memberi manfaat kepada bapa-bapa, ibu-ibu untuk mengenali perangai bapa-bapa.

“Malah untuk anak-anak, agar mereka tahu bahawa, walau apa pun berlaku mereka adalah permata yang tak ternilai di hati bapa mereka,” katanya.

Papadom dijual pada harga RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak pada harga RM22.90.

Buat masa ini, novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini hanya dijual di PBAKL 2024 dan bakal memasuki kedai-kedai buku seluruh negara. Hanya 1,000 naskhah dikeluarkan bagi cetakan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya