Bukan sebab dia kawan konti radio - Anas Tahir - Utusan Malaysia

Bukan sebab dia kawan konti radio – Anas Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyampai radio, Anas Tahir, menafikan dia terbuka menerima tawaran untuk berlakon dalam filem arahan Mawi, Zim Zim Ala Kazim kerana mempunyai hubungan baik dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga itu.

Menurut Anas, tanggapan itu salah meskipun sedar ramai mengaitkan keakraban mereka sebagai rakan konti di radio Zayyan.

“Tidak, bukan sebab kawan konti, saya memang dah pernah berlakon dengan Mawi sebelum ini antaranya Tiada Tajuk,” ujarnya.

Anas berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem Zim Zim Ala Kazim di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Jelas Anas, dia menyifatkan Mawi sebagai seorang yang profesional dan memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk menjayakan watak yang ditawarkan.

Bagaimanapun, kata Anas, pada awalnya dia juga ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana komitmen kerja yang padat.

“Mawi bagi kepercayaan kepada saya, ada watak yang Mawi rasa saya boleh bawa.

“Pada asalnya saya menolak untuk melakonkan watak ini sebab sibuk bekerja tetapi bos luluskan cuti untuk penggambaran jadi saya teruskan sajalah,” jelasnya.

Dalam perkembangan penggambaran, dia mengakui hanya mengikut arahan yang diberikan oleh Mawi.

“Saya hanya ikut apa sahaja arahan Mawi, apa yang dia suruh saya buat saja,” tambahnya.

Dengan dedikasi dan kerjasama erat antara pelakon dan pengarah, drama Zim Zim Ala Kazim dijangka membawa kelainan dan mampu mencuri perhatian penonton setia genre filem berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya