Berpatah kembali kepada Aedy? Tidak - Amelia Handerson - Utusan Malaysia

Berpatah kembali kepada Aedy? Tidak – Amelia Handerson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson menegaskan, dia tidak akan berpatah semula kepada bekas kekasihnya, aktor, Aedy Ashraf meskipun mungkin ada peminat menaruh harapan untuk mereka kembali bersama lagi.

Menurut Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 29, dia lebih suka untuk mengambil pengajaran daripada hubungan tidak jadinya itu dengan Aedy.

“Pengajaran yang saya belajar daripada perhubungan ini adalah macam mana kita sayang atau bantu seseorang dalam perjalanan kehidupannya, kadang-kadang kita harus melepaskan untuk dia berkembang dengan lebih sihat walaupun tidak lagi bersama,” katanya dalam sebuah siaran langsung di Instagram.

Dalam masa sama, Amelia mengakui akan lebih berhati-hati dalam perhubungan akan datang.

“Mungkin saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.Saya ingat sudah cukup berhati-hati selama ini.

“Sudah tentu dalam kehidupan ada banyak cara untuk perbaiki,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu mendedahkan hubungan istimewanya dengan Aedy tidak lagi seperti sebelum ini.

Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama menjayakan drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada penghujung 2021.

Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun hubungan tersebut tidak bertahan lama apabila Aedy memuat naik hantaran patah hati dalam akaun media sosialnya.

Tidak berakhir di situ, pada April tahun lalu, kisah cinta mereka kembali bertaut dan Aedy berharap hubungan itu akan lebih serius berbanding sebelum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya