KUALA LUMPUR : Didakwa kononnya telah memberi izin dan mahu mengahwinkan Aliff Aziz dengan aktres, Ruhainies, ibu kepada pelakon dan penyanyi tersebut, Siti Hafiza, menafikan perkara tersebut.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiza memuat naik satu paparan tangkap layar daripada sebuah portal yang tidak dikenal pasti dan menyifatkannya sebagai satu fitnah yang tidak berasas.
Hantaran tersebut menyebut bahawa Hafiza atau nama lengkapnya Siti Hafizah Sheikh Mohamad memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya bercadang untuk mengahwinkan anak lelakinya itu dengan aktres, Ruhainies.
Disertakan dengan paparan skrin berita tersebut, Siti Hafiza menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu agar berhenti mereka cerita dan menabur fitnah tentang anak dan keluarganya.
“Allahuakbar, sudah sudah lah menabur cerita dan fitnah, usah jadi orang suruhan tidak berbaloi di akhirat kelak,”katanya.
Sebelum itu, Hafiza ada membuat perkongsian mengenai rasa gembiranya melihat Aliff kembali tersenyum selepas berdepan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.
Kata Hafiza, dia percaya anak lelakinya itu akan berjaya mengharungi ujian menimpa dirinya meskipun mengambil sedikit masa.
“Perlahan-lahan tapi pasti awak dapat melaluinya anak kesayangan saya. Sentiasa muhasabah diri sendiri pasti Allah akan tunjukkan jalan.
“Gembira lihat awak tersenyum semula setelah sekian lama,” katanya.
Hafiza berkongsi perkara itu di Instagram miliknya yang turut memaparkan foto Aliff, 33, mengenakan baju berwarna hitam sambil ketawa.
Dalam pada itu, Hafizah juga meminta agar Aliff memperbaiki dirinya agar menjadi insan lebih baik.
Malah dia bersama ahli keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Aliff.
“Belajar dari kehilafan dan berazam menjadi insan yang lebih baik kerana Allah. Kita semua pendosa tapi Allah maha penyanyang.
“Perkara yang lepas biarkan berlalu yang penting sekarang dan masa depan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita.
“Umi, ayah dan adik-adik sentiasa mendoakan. Sudah lama kami tidak melihat awak tersenyum,”katanya lagi.