Anak satu rezeki, itu memang benar - Caprice - Utusan Malaysia

Anak satu rezeki, itu memang benar – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap dan selebriti media sosial, Caprice berpendapat, pasangan yang sudah berkahwin namun meletakkan hasrat untuk tidak mahu mempunyai anak harus melihatnya dari sudut yang berbeza.

Kata Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia berpandangan, setiap anak yang dikurniakan Allah SWT merupakan satu rezeki buat pasangan yang bergelar suami isteri.

Malah, kehidupannya berubah selepas mempunyai zuriat sendiri setelah bernikah dengan isterinya kini.

“Tengah kecoh di media sosial fasa; trend nak kahwin tapi tak nak anak. Jujur ya anda semua, anak bersamaan dengan rezeki. Sebelum ada anak, saya sendiri selalu dengar benda ini.

“Selepas ada anak barulah kita faham maksud ini. Memang benar. Rezeki datang dengan pelbagai bentuk, bukan hanya duit. Kehidupan saya sebelum ada anak lelaki selalu dalam keadaan sibuk.

“Tak ada masa untuk relaks atau tenang. Dulu tidur pun bergantung dengan ubat tidur. Sejak ada anak, saya dapat jumpa cara nak imbangkan. Dia adalah pemeriksa dan keseimbangan saya.

“Dia juga adalah ubat tidur saya, kitkat saya, untuk berehat. Insya-Allah,” kata Caprice menerusi Instagram, semalam.

Pada perkongsian yang sama, Caprice juga berkongsi mengenai rutin hariannya iaitu meluangkan masa bersama anak selepas pulang dari kerja.

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Rutian harian saya, balik dari kerja, terus cari budak ni. Tak kira macam mana kehidupan stres pun.

“Tak kira macam mana sibuk ya hari berlalu, tak kira banyak mana bil, gaji, tanggungan dan kos yang kena selesai hujung bulan.

“Dapat saja bau si kecik ni, segalanya dalam dunia hilang dan semua yang anda fikirkan hanyalah untuk luangkan masa bersama dia,” katanya.

Untuk info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya