Anak dilibas getah paip; Tak apa dia anak jantan - Fauzi Nawawi - Utusan Malaysia

Anak dilibas getah paip; Tak apa dia anak jantan – Fauzi Nawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fauzi Nawawi, tidak menyimpan dendam terhadap rakan seperjuangannya, Noorkhiriah, meskipun aktres tersebut telah mengakibatkan kecederaan terhadap anak lelakinya, Fareez Fauzi ketika terlibat dalam satu babak lakonan baru-baru ini.

Kata Fauzi, sebagai seorang pelakon dan anak lelaki, Fareez perlu menimba pengalaman sebelum beroleh kejayaan pada masa hadapan.

“Tak apa anak jantan. Itu perkara biasa. Sebelum berjaya dia kena lalui perkara-perkara sebegitu,”katanya ketika memberi respons di ruangan komen Instagram.

Malah, Fauzi juga terharu kerana Noorkhiriah memuji lakonan anaknya itu meskipun Fareez masih bergelar pelakon baharu.

“Alhamdulillah, dia dapat watak ibu yang bagus automatik dia akan ikut. Terima kasih,”katanya.

Berikutan daripada itu, Khiriah telah membuat permohonan maaf kepada Fareez dan Fauzi sendiri.

Terdahulu, Khiriah berkata, dia tidak menyangka bahawa libasan getah paip mempunyai ‘bisanya’ sehingga menyebabkan badan anak Fauzi, cedera.

Menurut Khiriah, kejadian tersebut berlaku semasa mereka sama-sama menjayakan drama berjudul Singah yang kini masih dalam proses penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya