Amir Masdi berhenti dengar lagu, layan konsert artis pro-Israel - Utusan Malaysia

Amir Masdi berhenti dengar lagu, layan konsert artis pro-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Amir Masdi, mengakui sudah berhenti mendengar lagu dan menghadiri mana-mana konsert penyanyi antarabangsa yang menyokong keganasan Israel.

Amir atau nama penuhnya Amir Syazwan Masdi, 27, yakin langkah kecil itu akan memberikan impak negatif kepada perjalanan kerjaya artis pro-Israel selain mengehadkan pengaruh mereka sebagai seorang selebriti.

“Rejim Zionis sangat bijak, mereka akan gunakan kuasa besar kepada seseorang yang banyak pengaruh seperti ahli politik dan artis. Sebagai rakyat Malaysia, kita jangan ambil mudah mengenai artis yang menyokong gerakan ini.

“Kita wajar boikot artis pro-Israel ini kerana ia akan memberi kesan kepada kerjaya mereka dan mengehadkan peluang mereka untuk menyebarkan pengaruh.

“Walaupun saya sangat meminati seseorang artis itu, tapi sejak diberitahu bahawa mereka adalah penyokong Zionis. Saya tidak lagi pergi ke konsert mereka atau mendengar lagu yang dinyanyikannya di Spotify kerana enggan menyumbang keuntungan,” katanya.

Amir berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan untuk memboikot konsert artis luar negara yang menyokong Israel.

Bukan itu sahaja, penyanyi Puas itu turut menasihati orang ramai agar menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang artis sebelum membeli tiket konsert.

“Kita tidak boleh fikir mahu datang ke konsert mereka sekadar bersuka ria. Sedangkan ia akan memberi impak yang halus.

“Kita tidak boleh halang mereka buat konsert, tapi kita boleh kawal apa yang boleh kita lakukan.

“Mereka mungkin akan mempunyai persepsi buruk terhadap kita. Biarkan, asalkan kita tahu niat kita di jalan yang betul,” tambahnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, menerusi satu video di Instagram, penyanyi, Datuk Hattan, menasihati orang ramai agar tidak menghadiri konsert penyanyi antarabangsa pro-Israel.

Ujarnya lagi, masyarakat perlulah mengutamakan konsert artis tempatan berbanding artis luar negara.

Sebelum ini, penganjur konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars, Live Nation Malaysia, dikecam kerana membawa masuk artis yang dikatakan menyokong Israel.

Mars didakwa menyatakan sokongan terhadap Israel ketika konsertnya di Tel Aviv, Oktober tahun lalu.

Mars dijadualkan mengadakan konsert di Malaysia pada 17 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya