Ada beza karya seni dengan kandungan media sosial - Utusan Malaysia

Ada beza karya seni dengan kandungan media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit lagu dan penyanyi, Edry Abdul Halim, berpendapat penyanyi hari ini perlu dididik untuk membezakan karya seni dengan bahan kandungan media sosial.

Menurut Edry, nilai seseorang artis tidak wajar diukur berdasarkan kepada keberadaan dan kekerapan perkongsian mereka dalam talian.

“Sangat normal untuk penyanyi yang menghasilkan karya seni memerlukan masa berbulan-bulan untuk mencari ilham dan merakam lagu.

“Ia berbeza dengan pempengaruh atau pencipta kandungan yang menghasilkan sesuatu dalam masa singkat. Kalau tengah menyeberang jalan pun mereka sudah boleh hasilkan kandungan.

“Jadi, artis tidak boleh bersaing dengan pencipta kandungan. Kalau ada artis yang tidak banyak hantaran di media sosial, mungkin mereka sedang ambil masa mencipta karya seni.

“Kita kena faham, tidak semua orang mahu menjadi viral,” katanya.

Edry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai impak media sosial terhadap kerja promosi dan kerjaya artis masa kini.

Dalam pada itu, ahli kumpulan KRU itu juga menyifatkan artis yang baik ialah mereka yang sentiasa berevolusi dalam menghasilkan muzik segar dan beridentiti.

“Saya boleh namakan dua penyanyi hari ini yang menurut saya mempunyai identiti, iaitu kumpulan Masdo dan Bunga. Mungkin mereka pelajari muzik daripada idola mereka.

“Dua artis tersebut ialah penyanyi selepas Yuna yang menghasilkan muzik segar. Kalau mereka lekat dengan bunyi itu, mereka akan diingati. Itu yang kita mahu.

“Artis perlu lakukan perubahan agar peminat sentiasa lekat. Jika mereka selesa, graf kerjaya mereka akan jatuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya