Zara Zya belum pulih, perlu banyak berehat - Utusan Malaysia

Zara Zya belum pulih, perlu banyak berehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zara Zya, mengakui kini terpaksa mengelak daripada melakukan sebarang kerja selepas disaran oleh pegawai perubatan untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Kata Zara, nasihat itu diberikan selepas dia dikesan menghidap Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome minggu lalu.

“Ya, saya masih di wad. Tempoh hari saya dapat pelepasan untuk keluar sekejap atas urusan kerja.

“Tapi kini, saya sudah bercuti,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Zara, keadaannya stabil namun masih ditahan di wad pusat perubatan Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor belum beritahu lagi bila saya dibenarkan keluar. Cuma mereka nasihatkan saya untuk banyak berehat,” katanya.

Menerusi Instagram, pelakon itu dilihat sempat memuat naik beberapa gambar selain memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Mungkin Allah bagi masa untuk berehat sekejap. Doakan saya ya,” tulisnya.

Terdahulu, Zara pergi ke sebuah pusat perubatan untuk membuat pemeriksaan masalah artritis yang dihadapinya sebelum ini.

Namun, selepas ujian pengimejan resonans magnet (MRI) dilakukan, doktor mengesan dia mempunyai sindrom penyakit Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrome pada bahagian belakang tubuh.

Difahamkan, penyakit itu membuatkan pelakon ini mengalami kesakitan pada bahagian sendi dan leher.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya