KUALA LUMPUR : Berkongsi khabar gembira, pelakon, Ainul Aishah memaklumkan bahawa dirinya telah selamat melahirkan puteri sulungnya sekitar pukul 12.46 tengah hari semalam.
Ainul membuat perkongsian berkenaan menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, semalam.
“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini (semalam) 29 Mei 2024 pada pukul 12.46 tengah hari,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon filem Nana Tanjung itu turut mengalu-alukan rakan-rakan dan keluarga melawatnya di hospital.
“Kepada rakan-rakan dan keluarga yang berhasrat untuk melawat saya dan bayi di hospital, WhatsApp atau DM (mesej langsung) saya okey,”katanya.
Bagaimanapun, setakat ini, pelakon ini masih belum mendedahkan nama dan foto bayinya kepada umum.
Pada awal bulan lalu, Ainul sempat menghabiskan masa bersama rakan-rakannya dalam majlis pengumuman jantina aanknya.
Sebelum ini, dia mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu selepas hampir tiga tahun berkahwin.
Ainul dan suaminya, Khalid Redzuan mendirikan rumah tangga pada 18 September 2022.