Tiada tawaran berlakon, Haneesya Hanee akui hidup sukar - Utusan Malaysia

Tiada tawaran berlakon, Haneesya Hanee akui hidup sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan selebriti media sosial, Haneesya Hanee, 24, mengakui kini sedang menjalani kehidupan yang sukar gara-gara ketiadaan tawaran lakonan sejak awal lalu.

Malah, kongsi Haneesya, dia juga berasa sedih dan terkilan kerana ketiadaan pendapatan menyebabkan ibunya, Nor Sakuraneeda terpaksa menggadaikan barang kemas bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

“Tahun ini tiada ‘shooting’ langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit tapi rezeki sentiasa ada yang saya pun tak tahu datang dari mana.

“Ada kala, ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit saya pergi beli balik.

“Terkadang sampai marah dia jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia seorang emak kan. Dia tak nak membebankan anak, dia jual juga,” katanya dalam temu bual dengan podcast, Bukak Mulut! di myaudioplus, baru-baru ini.

Menurut Haneesya lagi, sikap positif ibunya dalam berdepan apa jua cabaran bagaimanapun telah menyuntik semangat untuknya bekerja lebih keras.

Tidak cuma itu, Haneesya turut menzahirkan penghargaan terhadap seluruh kaum wanita yang menjadi contoh kepadanya untuk melihat dunia.

“Saya rasa apabila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia.

“Mak Haneesya ini kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran.

“Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui,” ujarnya lagi.

Meskipun bercerita mengenai situasi getir keluarganya itu sehingga menitiskan air mata, Haneesya akur dengan keadaan semasa dan reda untuk terus bangkit.

Sebelum ini pelakon drama rantaian, Aku Bukan Ustazah itu pernah membuat pendedahan tidak malu tinggal di flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejak berusia 12 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya