Terpalit skandal pelacuran, wang haram; Persembahan Seungri di Malaysia dikecam - Utusan Malaysia

Terpalit skandal pelacuran, wang haram; Persembahan Seungri di Malaysia dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan BIGBANG, Seungri berdepan dengan kecaman warganet tempatan gara-gara dikesan hadir ke Malaysia bagi menjayakan sebuah persembahan pentas secara tertutup di ibu negara baru-baru ini.

Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai apabila wujud sebuah rakaman video yang memaparkan persembahannya sempena sambutan ulang tahun seorang usahawan terkemuka berstatus Tan Sri dan menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Seungri atau nama penuhnya Lee Seung Hyun, 24, turut menarik tetamu yang hadir untuk naik ke pentas semasa persembahan berlangsung.

Bagaimanapun, kehadiran dan persembahan Seungri itu tidak dapat diterima ramai kerana dia masih dianggap belum insaf daripada kelakuan dan kesilapannya sebelum ini.

“Sayang sekali, beberapa orang yang hadir ke acara tersebut seakan tidak tahu apa yang dilakukan di Korea.

“Bagaimana dia boleh berada di Malaysia dan bukannya dipenjara?,” soal pengguna X setelah menonton rakaman tersebut.

“Tolong larang dia daripada terus masuk ke Malaysia. Saya berasa malu apabila orang Malaysia sendiri yang mengundang dia untuk datang ke sini,” tambah seorang netizen.

Untuk info, pada tahun 2021, Seungri dihukum penjara kerana terlibat dengan kontroversi dan skandal Burning Sun iaitu aktiviti pelacuran dan penyelewengan wang haram di Korea Selatan.

Menurut laporan, Seungri dihukum penjara selama tiga tahun tetapi hukuman telah dikurangkan kepada 18 bulan sahaja menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya