Syasya buat bekal ala Jepun untuk suami, siap kongsi resepi - Utusan Malaysia

Syasya buat bekal ala Jepun untuk suami, siap kongsi resepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal, bahagia menjalani rutin harian sebagai isteri dengan menyediakan bekal makan tengah hari buat suami.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, menunjukkan proses menghasilkan hidangan terkenal Jepun, Kari Katsu Ayam.

“Sedang siapkan makanan untuk bekal makan tengah hari suami saya pergi kerja. Rebus bawang, lobak dan kentang selama 15 minit dan masukkan kiub kari Jepun.

“Jangan lupa nasi dan ayam,” tulisnya dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut meminta cadangan daripada warganet mengenai resepi lauk yang patut dimasak.

“Nanti tolong bagi saya idea apa yang patut saya cuba untuk sesi ‘Main masak-masak’ yang seterusnya,” katanya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, peminat turut menyatakan sokongan agar Syasya terus menghasilkan lebih banyak video memasak di laman sosial.

Malah, terdapat beberapa komen yang meminta penyanyi Classic itu mencuba resepi mudah seperti Ayam Mentega, Ayam masak Masam Manis, dan Susyi.

“Comelnya Syasya di era menjadi seorang isteri,” kata satu komen.

“Sebenarnya yang paling mencuri tumpuan saya ialah bekas makanan dia yang ada kartun ‘Tom and Jerry’,” kata komen yang lain.

“Seronoknya tengok Syasya buat video memasak lepas kahwin. Tolong buat lagi,” tulis seorang peminat.

Syasya sah bergelar seorang isteri pada April lalu dengan memuat naik tiga foto perkahwinannya menerusi Instagram. Perkara itu turut disahkan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, menerusi satu kenyataan media.

Kim berkata, ia juga menjadi sebab pengunduran Syasya daripada Dolla pada 8 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya