Syafiq Kyle geli hati lihat reaksi peminat Sheriff di TikTok - Utusan Malaysia

Syafiq Kyle geli hati lihat reaksi peminat Sheriff di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syafiq Kyle, terhibur dengan kreativiti video reaksi yang disunting peminat filem Sheriff: Narko Integriti di aplikasi TikTok.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, berkata, dia hanya mengetahui beberapa foto dan babak karakter Meth Killer lakonannya menjadi tular selepas diberitahu peminat menerusi mesej di media sosial.

“Sejujurnya saya tahu watak Meth Killer tular pun apabila ramai yang hantar pautan video dari TikTok.

“Ramai pengguna di sana buat video reaksi yang dimulakan ayat ‘dari Sheriff kita belajar lelaki lakukan apa sahaja demi wanita yang dicinta’.

“Tak sangka mereka ambil sudut cinta pula sedangkan kita pandang dari aspek jenayah.

“Tapi, terpulang kepada persepsi masing-masing. Apapun saya tetap bersyukur kerana filem ini diterima dengan baik oleh penonton,” katanya.

Syafiq ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media filem The Experts, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dengan kutipan panggung melebihi RM50 juta dalam tempoh 18 hari tayangan, Syafiq positif bahawa filem Sheriff dapat mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap kualiti naskhah tempatan.

“Saya harap filem ini dapat membuatkan penonton rasa berbaloi bayar RM20 untuk ke panggung. Sebagai pengkarya, kita hanya mahukan penonton yakin dan percaya kepada karya kita.

“Bila kita terima maklum balas sangat baik daripada penonton, siap ada yang berusaha sunting video reaksi di TikTok. Itulah kegembiraan terbesar kami sebagai pelakon,” katanya.

Dalam perkembangan lain, finalis Hero Remaja 2012 itu juga bakal hadir dengan naskhah terbaharu bertajuk The Experts.

Filem yang bakal menceritakan jenayah rompakan besar-besaran itu turut dilakonkan Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray.

The Experts bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya