Sudah bersalin? Fatin Afeefa kekal berahsia - Utusan Malaysia

Sudah bersalin? Fatin Afeefa kekal berahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa, 29, masih kekal berahsia mengenai desas desus dia sudah melahirkan cahaya mata hasil perkahwinan terbaharu dengan pempengaruh, Aliff Awang.

Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, berkata, dia akan berkongsi mengenai berita gembira itu apabila tiba masa yang sesuai.

“Doakan yang baik-baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik juga untuk saya dan keluarga.

“Saya belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara itu (sudah bersalin). Tetapi insya-Allah saya akan kongsi dalam masa terdekat ini,”katanya.

Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan Fatin sudah selamat bersalin namun khabar tersebut kekal menjadi tanda tanya kerana Fatin atau suaminya tidak membuat sebarang pengumuman.

Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya