Sewaktu sertai tabligh, Aliff Aziz tak pernah tinggal solat tahajud - Nabil Ahmad - Utusan Malaysia

Sewaktu sertai tabligh, Aliff Aziz tak pernah tinggal solat tahajud – Nabil Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad,mendedahkan, di sebalik kontroversi hangat yang melanda Aliff Aziz, dia percaya aktor tersebut seorang lelaki yang baik.

Menurut Nabil, perkara ini dilihat menerusi pengalamannya berpeluang mengikuti jemaah tabligh bersama penyanyi itu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar tahun 2020.

Malah, kata Nabil, Aliff juga merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan rajin mengerjakan solat tahajud.

“Semasa saya dan Aliff sertai tabligh, dia sebenarnya sebaik-baik manusia. Dia yang merelakan diri untuk masuk tabligh dan belajar agama dengan mendalam.

“Sepanjang dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap.

“Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini.Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat, dia solat betul-betul,”katanya.

Jelas Nabil lagi, dia tidak menolak bahawa kontroversi yang terpalit pada Aliff kini merupakan ujian untuknya.

“Allah sebenarnya sedang uji dia dan isterinya. Keluarga mereka sedang diuji ketika ini.

“Mungkin ada hikmah atas apa yang Allah uji pada dia. Sama-sama kita doakan untuk dia,”katanya.

  • Terdahulu, Aliff akhirnya bersuara dan memohon maaf kepada isterinya, Bella Astillah berhubung kemelut rumah tangga mereka.

    Menerusi temu bual bersama podcast The CommonFolks SG, Aliff turut memgakui khilafnya berlaku curang terhadap Bella.

  • Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

     

    BERITA BERKAITAN

    Teruskan membaca

    Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

    Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya