Selamat lahirkan puteri sulung, Shila dan Ubai beri nama Rhea Akira - Utusan Malaysia

Selamat lahirkan puteri sulung, Shila dan Ubai beri nama Rhea Akira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penantian Shila Amzah dan suaminya, Ubai MZ, untuk menimang cahaya mata akhirnya menjadi nyata apabila penyanyi terkemuka itu selamat melahirkan anak pertama mereka semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Ubai menerusi satu hantaran terkini di Instagram miliknya.

“Tanggal 9 Mei 2024. Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta.

“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan,”katanya.

Dalam hantaran sama, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan.

Pasangan itu turut berkongsi nama puteri sulung mereka itu yang diberi nama Rhea Akira.

“Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga. Cucu pertama arwah mak dah selamat dilahirkan.

“Mesti arwah mak gembira takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira,”katanya.

Sekadar info, Ubai mendirikan rumah tangga bersama Shila pada 5 Ogos 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya