Saya tidak lagi berminat berada dalam industri hiburan - Loca B - Utusan Malaysia

Saya tidak lagi berminat berada dalam industri hiburan – Loca B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer, Loca B, 32, mengejutkan ramai peminat apabila meluahkan kini tidak lagi berminat untuk meneruskan keberadaannya dalam industri seni hiburan tanah air.

Menerusi satu hantaran di Instagram hari ini, Loca atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Saya tidak lagi berminat untuk berada dalam industri hiburan. Saya terlalu selesa menjadi seorang ibu dan isteri dan saya mahu fokus kepada keluarga.

“Malah, segala kelakuan bermuka-muka, tikam belakang dan kecam-mengecam ini bagi saya tidak lagi berbaloi untuk saya termasuk tindakan tidak menghormati perkahwinan,”katanya.

Mengulas lanjut, kata Loca, sepanjang dia berkecimpung dalam bidang ini, dia melihat ramai yang tidak menghormati pasangan sendiri secara terbuka.

“Di mana pun saya pergi, ramai yang tidak menghormati pasangan mereka. Kebanyakan mereka menggunakan agama untuk menyembunyikan kebenaran.Saya mahu mendidik anak-anak dengan perkara-perkara yang tidak saya belajar semasa muda.

“Saya mahu jadi contoh kepada anak-anak tentang apa itu hubungan yang sihat.Saya mahu keharmonian dalam rumah tangga bukan memikirkan apa yang orang cakap.Saya mahu anak-anak fahami tentang agama secara luar dan dalam dan bagaimana menjadi seorang manusia yang jujur yang mana saya sendiri pun sedang belajar lagi.

“Saya mahu cari ilmu pengetahuan. Saya mahu anak-anak sentiasa pulang ke pangkuan saya. Bagi saya, Palestin telah ‘membebaskan’ diri ini. Saya terasa sungguh ‘kaya’.Alhamdulillah,”katanya.

Dalam hantaran yang sama, Loca juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan penuh terhadap kerjayanya selama ini.

Untuk info, Loca berkahwin dengan penyanyi rap, Tuju pada Mac 2020 iaitu ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bintang Aiko, 2.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Loca mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun bernama Yusuf Alexander.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya