Saya dulu berlakon macam 'tahi' juga, teruk - Rosyam Nor - Utusan Malaysia

Saya dulu berlakon macam ‘tahi’ juga, teruk – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, berpendapat bakat baru dalam industri perlu diberi peluang untuk belajar daripada kesilapan.

Ini kerana, kata Rosyam, mereka sedang membiasakan diri dengan budaya kerja dan selok belok industri lakonan tempatan.

“Kalau ada yang beranggapan artis sekarang tiada disiplin, zaman dulu pun sudah ada banyak artis yang melakukan perkara sama.

“Kita janganlah mudah mengecam artis baru. Mereka pun bila baru masuk dalam industri, tidak tahu lagi bagaimana permainannya.

“Tapi lama kelamaan, mereka semakin matang dan akan berubah. Berilah masa dan ruang,” katanya.

Rosyam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan mengenai sikap pelakon baharu yang culas dan tidak berdisiplin di set penggambaran.

Menurut pelakon Memoir Seorang Guru itu lagi, industri perlu terbuka untuk menerima kedatangan pelakon baharu yang bakatnya dinilai daripada platform media sosial.

“Saya tidak boleh terima jika ada yang berkata artis baru berlakon kayu dan mahu rendahkan artis yang datang dari media sosial.

“Sebenarnya zaman dulu pun ada yang jadi artis sebab mereka model majalah. Kita kena terima zaman ini wujud selebriti media sosial. Cuma platform berbeza.

“Saya dulu berlakon macam ‘tahi’ juga, teruk. Dialog pun bodoh.Sebagai orang senior, saya menggalakkan banyak bakat baru diberikan peluang,” katanya.

Rosyam ditemui Utusan Malaysia di sesi lawatan ke set penggambaran filem Keluang Man di Bandar Malaysia, semalam.

Dalam perkembangan lain, Rosyam terlibat membawakan watak Ahmad dalam filem aksi komedi adiwira Malaysia yang diadaptasi dari siri animasi, Keluang Man.

“Dalam usia begini saya berbangga kerana diberikan peluang memainkan peranan yang besar. Tambahan pula saya selalu tengok animasi ini dahulu di televisyen.

“Saya berharap watak Ahmad yang cukup dikenali dalam siri kartun ini dapat saya realisasikan dengan baik. Apapun yang terjadi kepada Keluang Man, dia tetap menjadikan Ahmad sebagai mentor dalam kehidupan,” katanya.

Filem Keluang Man sedang menjalani penggambaran dan dijangka menemui penonton pada 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya