Ryan Reynolds dakwa penyakit anxiety mampu jadi teladan buat anak - Utusan Malaysia

Ryan Reynolds dakwa penyakit anxiety mampu jadi teladan buat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mendedahkan dirinya pernah menghidap penyakit anxiety (kebimbangan melampau) beberapa tahun yang lalu, pelakon terkenal Hollywood, Ryan Reynolds, mendakwa masalah kesihatan mentalnya itu menjadikannya dapat memberi contoh kepada anak-anaknya.

Ini kerana, kata Ryan, ketika dia sedang ‘berperang’ dengan masalah kesihatannya itu, dia mendapati dirinya lebih memberi tumpuan kepada anak-anak.

“Sewaktu sedar mengalami penyakit ini, saya kurang memberi perhatian kepada diri sendiri, malah melebihkan anak-anak.

“Saya suka apabila didianogsis penyakit ini. Jadi, sekiranya anak menghadapi perkara yang sama seperti ini, saya tahu bagaimana cara untuk merawat mereka.

“Walaupun saya tidak tahu cara untuk memulihkannya, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka seperti mana saya berkomunikasi dengan diri sendiri sekiranya mengalami anxiety,” jelasnya.

Selain itu, Ryan mendakwa, langkah terbaik kepada mereka yang berdepan dengan masalah ini adalah dengan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang.

“Selalunya, kalau saya alami anxiety, mesti diri terasa kosong, takut, sedih dan marah secara tiba-tiba.

“Jika anak berdepan simptom yang sama, saya tahu cara untuk membantu mereka,” katanya.

Pada 2022, Reynolds mendedahkan dirinya pernah menghidap anxiety sejak berkecimpung dalam industri seni lakon.

Bapa kepada empat orang anak ini mendedahkan dirinya pernah diserang panik yang teruk sewaktu terlibat dalam program Late Night With Dave Letterman pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya