Rusdi Ramli nafi dakwaan tiada kerja hingga kemurungan - Utusan Malaysia

Rusdi Ramli nafi dakwaan tiada kerja hingga kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli, menafikan khabar angin kononnya dia sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan mengalami masalah kewangan.

Jelas Rusdi, mungkin sikapnya yang lebih selesa meluangkan masa di rumah membuatkan orang ramai menyangka pelakon Tanda Putera itu tidak bekerja.

“Sebenarnya situasi itu tidak benar. Sehingga hari ini saya masih bekerja dan membayar bil.

“Orang nampak saya di luar ketika bekerja atau hantar anak sekolah. Selain itu saya banyak duduk di rumah. Mungkin mereka lihat begitu,” katanya.

Rusdi berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media drama Framed, baru-baru ini.

Mengakui tawaran yang diterima tidak sebanyak dahulu, Rusdi lega kerana hasil pendapatan yang diperoleh masih boleh menampung kehidupan seharian.

“Sekarang tawaran tidak seperti dulu. Tapi untuk kata saya tiada kerja, duduk rumah sampai kemurungan, itu sangat tidak betul.

“Saya baru habis penggambaran drama 30 episod. Saya memang tiada tawaran lain, memang bidang inilah satu-satunya mata pencarian.

“Alhamdulillah, sehingga kini saya tiada masalah soal bayaran. Saya bukannya mahal, asalkan berbaloi dan dapat bayar kembali duit minyak dan tol, saya ambil sahaja.

“Saya percaya rezeki itu Tuhan yang atur,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa Rusdi bimbang kerana sudah kurang menerima tawaran pekerjaan dan mengalami masalah kewangan kerana tiada sumber pendapatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya