Rugi RM50,000, Caprice dedah ada individu jadi mangsa scam artis wanita - Utusan Malaysia

Rugi RM50,000, Caprice dedah ada individu jadi mangsa scam artis wanita

Pelancaran Single terbaharu Unic ft Caprice - Sedar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dalam sibuk mengendalikan kontroversi yang melanda keluarganya kebelakangan ini, penyanyi rap Caprice mendedahkan satu paparan skrin mesej peribadi (DM) di Instagram berhubung seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa scam seorang selebriti wanita.

Menerusi mesej yang dihantar kepada Caprice itu, individu  terbabit mendakwa dirinya berputih mata selepas berhabis sejumlah duit yang banyak selain mengaku sepatutnya berkahwin dengan selebriti wanita.

Bagaimanapun, menurut mangsa, selebriti wanita itu menipunya dan kemudian menjalin hubungan cinta dengan hero gandingan dalam sebuah naskhah drama.

“Asalamualaikum Cap, saya macam nak kongsi sikitlah pasal seorang artis yang sebelum ini saya sepatutnya berkahwin dengan dia tetapi akhirnya, waktu dia terlibat dalam satu penggambaran, dia bercinta dengan hero itu sampai sekarang.

“Kantoi semuanya. Saya dah habis dekat dia banyak juga Cap. Dalam masa setahun enam bulan hampir RM50,000 Cap. Saya ada bukti-bukti resit. Dan satu lagi, minta hantaran sampai RM100,000 Cap! Fuh!

“Memang gila Cap. Kalau Cap nak tahu lebih lanjut boleh balas DM saya Cap!” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, Caprice memberitahu dia sudah serik untuk mengambil kes melibatkan selebriti Malaysia dan meminta individu itu meneruskan sahaja kehidupan.

“Maaf bro, kes-kes artis Malaysia kita tak nak ambil dah. Too many taksubers (ramai yang taksub). Kau dah kena ‘game’ , just ‘move on’,” balas Caprice.

Terdahulu, Caprice juga terpalit dengan kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz sehingga dirinya menerima pelbagai kecaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya