Putus cinta, saya juga manusia biasa - Iman Troye - Utusan Malaysia

Putus cinta, saya juga manusia biasa – Iman Troye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Iman Troye,22, mengakui, perkongsiannya mengenai dirinya dicurangi seorang jejaka yang menjadi tular di media sosial sebelum ini bukanlah didedahkan kerana sengaja mahu mencari perhatian atau simpati ramai.

Menurut Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, luahan itu dibuat secara rambang dengan anggapan perkara itu mungkin dapat difahami oleh orang lain yang pernah merasakan bagaimana diri dicurangi.

“Saya hanya kongsi perkara rambang yang dirasakan berkaitan dengan diri sendiri atau orang sekeliling. Saya juga seperti orang lain yang bercinta dan putus cinta.

“Apa yang saya kongsikan sebelum ini bukanlah gimik atau sengaja mahu tarik perhatian ramai,” katanya.

Iman ditemui ketika majlis Raikan Keputusan SPM anjuran pusat tuisyen PTTI yang mana dia juga merupakan duta serta ikon bagi institusi pembelajaran berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Iman bakal melancarkan lagu baharu berjudul Kemboja dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk menangguhkan seketika pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik.

“Single baharu kali ini saya betul-betul mahu beri fokus dan sebab itu saya buat keputusan untuk tangguh dahulu pengajian satu semester. Say bercadan mahu sambung semula pengajian selepas mencapai apa yang saya mahukan tahun ini.

“Sebelum ini pun saya ambil masa untuk tampil dengan lagu baru kerana tidak mahu terlalu gelojoh. Kita kena bersaing dengan ramai artis, jadi saya lebih pendekatan bertenang,” ujarnya.

Sementara itu Iman juga meluahkan rasa bangga apabila penglibatan bersama PTTI sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Bukan sekadar bertindak sebagai duta, malah Iman juga menunjukkan contoh terbaik apabila dia sendiri berjaya memperoleh anugerah dekan dalam pengajiannya.

“Saya sendiri sebelum bergelar penyanyi dah berjanji dengan ibu bapa untuk habiskan SPM dan sambung belajar. Syukur setiap semester saya berjaya mendapat anugerah dekan.

“Bersama PTTI saya bukan sekadar menghiburkan pelajar tetapi berkongsi dan memberi inspirasi kepada mereka,”katanya.

Dalam majlis sama PTTI juga mengumumkan insantif wang tunai sebanyak RM500 bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi SPM tahun 2024.

Bukan itu sahaja malah sebuah kereta juga ditawarkan dalam peraduan PTTI Better Results.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya