Puteri Sarah lega lunas impian bawa ibu bapa tunai umrah - Utusan Malaysia

Puteri Sarah lega lunas impian bawa ibu bapa tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, mengakui lega apabila berjaya melunaskan impiannya untuk membawa ibu dan bapa mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Menurut Sarah, impian itu telah lama tersemat di hatinya memandangkan dirinya juga telah beberapa kali berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah.

“Saya sudah pergi Umrah sebanyak tiga kali sebelum ini dan ketiga-tiganya saya menggunakan khidmat In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. Sebelum ini, saya pergi dua kali bersama anak-anak dan sekali pergi secara solo.

“Alhamdulillah sepanjang bersama agensi ini sangat dipermudahkan. Terima kasih sangat-sangat kepada pasukan termasuk mutawwif yang sentiasa bantu saya. Jadi kali ini, saya lepaskan pula hajat nak bawa ibu bapa ke sana.

“Saya bersyukur dan berpuas hati akhirnya dapat bawa mama dan abah pergi umrah,” katanya.

Sementara itu, bapanyam, Megat Kamaruddin meluahkan rasa syukur apabila menerima tajaan daripada anaknya itu untuk menunaikan umrah bersama isteri tercinta.

Menganggap itu merupakan antara hadiah yang bermakna, Megat Kamaruddin berkata, dia teruja untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama agensi pengurusan In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Puteri Sarah kerana menaja saya dan mamanya pergi Umrah bersama In Saff Travel & Tours Sdn Bhd.

“Ini kali pertama saya dengan agensi ini dan saya lihat semua diatur dengan cantik sekali.

“Saya pernah pergi dengan agensi lain, selalunya bila pertama kali pasti tahap perasaan resah (anxiety) itu tinggi, tetapi dengan agensi ini saya yakin semua first timer akan rasa okay.

“Memang sangat disarankan untuk semua, malah saya fikir selepas ini nak pergi Mesir nanti ingin gunakan agensi ini juga,” kongsinya.

Megat Kamaruddin berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum dia berangkat ke Tanah Suci, pada Khamis.

Dalam pada itu, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd telah diasaskan oleh empat orang lepasan pelajar Universiti Ummul Qura di Mekah iaitu Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni.

Menurut salah seorang pengasasnya, pelbagai tawaran menarik telah disusun sepanjang tahun ini dengan antaranya penerbangan domestik percuma dalam semenanjung sahaja ke KLIA.

“Selain itu, kami turut menawarkan tiket kereta api percuma dari Madinah ke Mekah atau dari Mekah ke Medina dan naik taraf tiket kereta api kelas perniagaan (bussiness class) secara percuma dari Mekah ke Madinah atau dari Madinah ke Mekah.

“Dalam pada itu, kami juga turut menjalankan beberapa kempen yang lebih holistik antaranya, pakej edisi istimewa (Special Edition) selama 9 hari 7 malam yang akan berlepas pada 2 dan 3 Mei ini. Dua buah kapal terbang telah disewa khas yang akan menerbangkan para jemaah umrah.  Agensi ini juga mencatatkan penjualan 566 tempat duduk dalam masa yang singkat.

“Selain itu, In Saff Travel & Tours juga mempunyai pakej umrah pelbagai dengan 3 variasi hari antaranya, 9 hari 7 malam serendah RM4970 sahaja. Pakej lain, 12 hari 10 malam dan 22 hari 20 malam. Para jemaah boleh memilih pakej mengikut bajet dan kesesuaian tempoh lawatan yang diinginkan. In Saff juga ada menawarkan produk pelancongan percutian islamik di Acheh,Turki dan sebagainya,” ujar pihaknya.

Sekadar info, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Disember 2014 dengan menawarkan servis pengendalian pakej umrah, pengurusan tiket domestik dan antarabangsa, pengurusan visa, pengurusan badal haji dan umrah dan penempahan hotel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya