Park Sung Hoon akui pernah hidup dalam kemiskinan - Utusan Malaysia

Park Sung Hoon akui pernah hidup dalam kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bintang Korea, Park Sung Hoon, mendedahkan, dia pernah hidup dalam kemiskinan sebelum menempa nama sebagai seorang pelakon popular dan berjaya pada waktu ini.

Perkara itu dikongsikan Park semasa muncul sebagai tetamu dalam program You Quiz on the Block baru-baru ini.

Menurut Park, situasi itu dialaminya sewaktu zaman persekolahan kerana ayahnya telah kehilangan pekerjaan menyebabkan dia sekeluarga terpaksa akur dengan takdir.

“Saya pernah hanya memperoleh 50,000 won (RM173) setahun. Pada masa itu, saya tinggal di bilik bawah tanah seperti yang anda pernah tonton dalam filem Parasite dan kehidupan itu kami jalani selama kira-kira 7 tahun.

“Pada musim hujan apabila air mengalir, sukar untuk mencedok air, jadi saya rendam selimut kapas dengan air hujan bagi mendapatkan bekalan air. Hidup kami susah waktu itu,”katanya.

Dalam linangan air mata, Park menerusi temu bual itu turut memgucapkan terima kasih buat keluarganya kerana sentiasa mendoakan dan menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Buat ibu dan ayah, ketahuilah bahawa anak bongsu yang sentiasa anda risau ini telah berkembang menjadi seorang pelakon yang mendapat sokongan dari orang ramai.

“Malah dapat pula ditemu bual dalam program You Quiz on the Block. Terima kasih kerana membesarkan anak lelaki yang lemah lembut dan pemalu ini.

“Terima kasih kepada ibu dah ayah dengan doa selama ini hingga saya dapat kerja keras untuk mencapai matlamat saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya