New Jeans dituduh plagiat artis Mexico - Utusan Malaysia

New Jeans dituduh plagiat artis Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kumpulan terkenal, New Jeans, mencuri perhatian apabila video muzik lagu terbaharunya, How Sweet dikatakan mempunyai persamaan dengan konsep artis berkumpulan Mexico, Jeans.

Kontroversi membabitkan isu plagiat ini sebenarnya sudah hangat diperkatakan sejak Khamis lalu apabila beberapa foto belakang tabir pembikinan video muzik berkenaan menjadi tular.

New Jeans didakwa meniru kumpulan Mexico yang terkenal pada tahun 90-an itu apabila terdapat persamaan dari segi logo, koreografi, pakaian dan konsep Y2K yang pernah dihasilkan Jeans semasa zaman jualan cakera padat.

Perkara itu turut mencuri tumpuan penyanyi asal Jeans, Paty Sirvent, yang turut berkongsi persamaan tersebut menerusi Instagram.

“Selama ini mereka plagiat kerja kami depan muka sahaja. Wah, sepatutnya tengok nama kumpulan pun kita sudah boleh tahu,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, semasa video muzik How Sweet dimuat naik menerusi YouTube semalam, New Jeans turut berdepan kecaman apabila muzik yang dihasilkan didakwa mempunyai persamaan dengan lagu ‘Summer Love’ oleh Midnight Music dan ‘F.U.I.L.Y’ oleh Karencitta.

Perkara ini menjadi isu hangat di Korea Selatan memandangkan sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Ador, Min Hee-jin yang menjaga New Jeans pernah menuduh kumpulan ILLIT meniru konsep yang dihasilkannya.

Memandangkan isu saman-menyaman terbesar Korea Selatan membabitkan Min Hee-jin dan HYBE masih berlangsung, ada juga pihak yang mendakwa bahawa HYBE adalah dalang segala kontroversi plagiat untuk mensabotaj lagu terbaharu New Jeans.

Namun begitu, sehingga kini, belum ada apa-apa respons dikeluarkan pihak agensi mengenai tuduhan tersebut.

Manakala lagu How Sweet terus mencatat peningkatan dan mengumpul enam juta tontonan dalam masa sehari selepas dimuat naik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya