Nabil Mentor meninggal dunia - Utusan Malaysia

Nabil Mentor meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Mentor musim pertama iaitu Nabil Zamanhuri disahkan telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor sekitar pukul 9 pagi tadi hari ini.

Berita pemergian Nabil disahkan oleh abangnya, Ammar Bahrin menerusi perkongsian di Instagram.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Adik kami yang tercinta Nabil Zamanhuri telah pulang ke rahmatullah pagi tadi sekitar pukul 9 pagi tadi.

“Mohon doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan beriman serta sedekahkan al-Fatihah untuk almarhum Nabil Zamanhuri,” katanya.

Difahamkan, Nabil yang berusia 37 tahun itu meninggal dunia akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih lagi dibedah siasat di Hospital Ampang dan maklumat lain akan menyusul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahaya mata yang masih kecil.

Sebelum ini, Nabil mula menyertai industri hiburan sekitar tahun 2015 apabila muncul dalam program Mentor musim pertama yang mana dia berjaya menyandang tempat kedua dalam rancangan tersebut.

Selain menyanyi, dia juga sangat aktif dalam beberapa drama dan filem bermula tahun 2014 sehingga 2022

Antara lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan adalah seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.

Allahyaram meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya