Malaysia-Indonesia, saya rela ulang-alik - Anna Jobling - Utusan Malaysia

Malaysia-Indonesia, saya rela ulang-alik – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Pelakon jelita, Anna Jobling, mengakui, lebih rela berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur (KL) demi mengembangkan kerjaya seninya ke Indonesia.

Ini kerana, kata Anna yang berusia 22 tahun, itu merupakan cara terbaik yang boleh dilakukannya tanpa perlu sepenuhnya meninggalkan kerjaya di Malaysia.

“Memang saya mahu mengembangkan karier di Indonesia tetapi sayang pula nak tinggalkan Malaysia. Saya kerja berpasukan juga sudah menampakkan hasil sepanjang tempoh dua tahun ini.

“Mencari ruang di sana juga sukar kerana ramai bakat yang bagus, tambahan pula saya tidak bernaung di bawah mana-mana agensi lokal, kiranya semua usaha ini bermula dari bawah.

“Sekarang banyak tawaran saya dapat, cuma belum terfikir berhijrah ke Indonesia walaupun jadual penggambaran di sana sudah penuh. Sayang pula nak tinggal,” katanya.

Menurut Anna, ada pihak menyangka penghijrahan itu bakal direalisasikan dalam masa terdekat berikutan dia mengahadiri kelas bahasa Indonesia.

Kata bintang drama Melur Untuk Firdaus itu, sesi menambahkan ilmu serta memantapkan penguasaan bahasa sebahagian daripada usahanya sebagai pelakon.

“Kerap juga saya ke kelas bahasa memandangkan selepas ini ada beberapa naskhah terbitan produksi Indonesia bakal disempurnakan.

Ini bermakna masa saya akan banyak di sana, manakala di Kuala Lumpur juga sudah disusun jadual penggambaran untuk projek akan datang. Saya masih mahu berlakon di negara sendiri.

“Berdasarkan perancangan, masa saya di Jakarta dan Kuala Lumpur juga secara giliran melihat kepada keperluan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Gema Lebaran Anna Jobling di Cyberjaya, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 200 peminat tegar Anna yang datang dari seluruh negara berhimpun meraikan Syawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya