Macam Chris Brown, Justin Bieber, mungkin itu yang berlaku pada Aliff- Aisyah Aziz - Utusan Malaysia

Macam Chris Brown, Justin Bieber, mungkin itu yang berlaku pada Aliff- Aisyah Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aisyah Aziz, 29, menaruh harapan besar supaya semua pihak sedikit sebanyak dapat mendoakan abangnya, Aliff Aziz, yang kini sedang berusaha mencari cara untuk pulih daripada kekusutan kontroversi yang menimpanya.

Menurut Aisyah, dia sedar Aliff memerlukan bantuan memandangkan abangnya itu masih belum benar-benar pulih daripada segala trauma lampau yang pernah dilalui.

“Untuk semua orang yang membaca coretan saya pada malam ini (semalam), saya tahu bukan orang yang layak untuk bercakap sebab saya dari pihak yang melakukan punca (kontroversi) itu.  Apa yang jelas, dia (Aliff) memang perlukan bantuan.

“Seseorang yang telah pulih daripada trauma lampau tidak mungkin akan melakukan apa yang dia lakukan.

“Dia melalui pengalaman dibuli di sekolah yang kemudiannya menjadi seorang bintang sensasi pada usia 16 tahun. Anda pernah lihat macam mana ‘kegagalan’ Chris Brown atau Justin Bieber? Itu mungkin apa yang sedang berlaku terhadapnya.

“Tetapi, mungkin situasi ini tidak memberikan apa-apa justifikasi, tentunya,”katanya dalam satu hantaran di Instagram Story (IGS), semalam.

Bagaimanapun, Aisyah berharap semua pihak dapat mendoakan abangnya itu supaya dia dapat berubah.

“Mungkin anda tidak peduli langsung mengenai dia. Tetapi saya harap anda dapat mencari sedikit ruang dalam hati anda untuk mendoakan Aliff supaya dia dapat menemui jalan untuk pulih. Juga doakan buat Bella dan dua anak saudara saya termasuk keluarga agar masing-masing turut pulih daripada segala yang berlaku,”katanya.

sebelum itu, dalam satu hantaran lain, Aisyah mengakui terkesan dengan energi negatif pada malam semalam yang menyaksikan dia ‘terpaksa’ membuka mulut dan membalas kenyataan daripada adik Bella, Didi Astillah, di media sosial.

Pada masa yang sama, Aisyah turut memohon maaf seandainya dia telah mengeluarkan kenyataan yang berlebihan.

“Saya tak boleh tidur. Terkesan dengan energi hari ini. Saya minta maaf kalau terkata yang lebih. Mungkin terikut sangat dengan perasaan selepas baca hantaran Didi. Saya faham temu bual Melodi semalam mungkin jadi pencetus.

“Itulah cuaca baru sahaja nak okey, sekali Muaz Zabir cakap apa yang dia cakap dengan media dan jadikan keadaan bertambah buruk. Suasana dah huru-hara, dia pula menambah.

” No Comment kan sajalah kalau tak nak minta maaf terbuka pun. Awak kan silap juga. Nak diam tapi hasutan syaitan malam ini berapi. Kita pun tak akan selamanya nak berdiam bukan?

“Kena dengar juga dari pihak sebelah untuk menilai dengan adil bukan? Bukankah itu gunanya mahkamah? Mendengar dari dua belah pihak? Entah,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya