Macam awak tak belajar adab dalam agama - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Macam awak tak belajar adab dalam agama – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, menyelar tindakan segelintir individu yang didakwa melakukan boikot terhadap barangan Israel namun menghakimi mereka yang tidak melakukannya.

Menerusi ciapan di platform X, Naim berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana tidak wajar semua pihak menghukum orang lain.

“Awak suruh orang boikot itu ini atas nama Islam. Tapi awak jatuh hukum sendiri, hina orang yang tak atau belum berbuat demikian macam awak tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau.

“Bocor ke tak bocor Islam awak? Semoga kita tak berada dalam golongan ‘terpaling’,”luah Naim.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, ramai umpama kesal dengan  kenyataan pelakon drama Project High Council itu dan mendakwa dia cuba mempertahankan rakan-rakan industri yang sedang mempromosikan produk berkaitan Israel.

Bagaimanapun, setelah mendapat kecaman ramai, Naim didapati  sudah memadam ciapan tersebut.

Terdahulu,susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung baru-baru ini, pada hari yang sama Palestin sekali lagi menjadi sasaran serangan tentera Israel.

Berikutan itu, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 di media sosial dengan melakukan gerakan boikot terhadap selebriti-selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia terhadap selebriti tempatan yang dilihat mempromosikan perkara yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya