Lagi rumah tangga artis jadi tumpuan, Erma Fatima kebal diserang - Utusan Malaysia

Lagi rumah tangga artis jadi tumpuan, Erma Fatima kebal diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERITA buruk rumah tangga para selebriti terus menjadi tumpuan minggu ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Berawal dengan desas-desus kerana gambar mereka tidak lagi dimuat naik di media sosial, pelakon jelita, Nora Danish mengesahkan hubungannya dengan suami, Nedim Nazri sedang diuji.

Bukan itu sahaja, pelakon Polis Evo 3 turut mendedahkan dia dan suami sudah tiga bulan tinggal berasingan memandangkan rumah mereka sedang dalam proses ubai suai.

Mengambil hikmah dengan apa yang terjadi, Nora menganggap mungkin inilah jarak yang diperlukan mereka untuk memperbaiki keadaan.

Walaupun melihat perceraian sebagai jalan terakhir, namun Nora tidak menafikan bahawa Nedim sedang berusaha menangani situasi ini sebaik mungkin kerana tidak mahu pergolakan yang berlaku antara mereka memberi kesan buruk kepada anak-anak.

Rumah tangga Irma Hasmie temui titik akhir

Tidak hanya Nora, malah turut mencuri tumpuan minggu ini ialah pengacara dan pelakon, Irma Hasmie. Semuanya bermula apabila suaminya, Redza Syah Azmeer, tiba-tiba memuat naik foto perkahwinan dengan seorang wanita pada Ahad. Status perkahwinan Irma pula menjadi persoalan.

Walaupun dihubungi wartawan, Irma mahupun pihak pengurusannya mengelak untuk menjawab sebarang soalan dan memohon agar masyarakat dapat mendoakan urusannya dua orang anak iaitu Redza Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie dipermudahkan.

Irma juga enggan memberi kesahihan berkenaan informasi yang diberikan kepada Utusan Malaysia kononnya dia sudah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam baru-baru ini.

Sehari selepas itu, barulah sahabatnya yang dikenali sebagai Reen Rahman mengesahkan Irma sudah tidak lagi bergelar isteri sejak enam bulan lalu. Berita itu dikongsikan Reen bagi mengelak timbulnya fitnah yang lebih besar.

Erma Fatima lawan Sarah Yasmine

Muak dengan pendedahan yang dibuat kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine terhadap aib artis Malaysia, pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima, meminta agar wanita Singapura itu berhenti membuat kekecohan di media sosial dan pulang menyelesaikan masalahnya dengan Aliff di negaranya sendiri.

Bukan itu sahaja, dia juga menyeru kepada nama-nama yang diheret Sarah seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah dan Ruhainies untuk membuat laporan polis.

Erma turut mempersoalkan tindakan Aliff Aziz yang sehingga kini menghilangkan diri sedangkan setiap yang terjadi ini berpunca daripadanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Erma bagaimanapun dimanipulasi pihak tertentu yang kononnya mengatakan pengarah itu sengaja melagakan dua negara. Malah, di media sosial, Erma turut menerima kecaman teruk daripada pengguna media sosial Singapura.

Erma walau bagaimanapun memohon maaf namun menegaskan setiap kenyataan bukanlah dikeluarkan kepada rakyat Singapura tapi khusus kepada Sarah semata-mata. Sehingga kini, pengarah itu kekal dengan prinsip bahawa tindakan yang dilakukan Sarah tetap salah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya