Kalau nak ‘block’ artis, lakukan dengan profesional -Ramona - Utusan Malaysia

Kalau nak ‘block’ artis, lakukan dengan profesional -Ramona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Ramona Zamzam, menegur tindakan segelintir waganet yang mengeluarkan kata makian di akaun media sosial artis gara-gara mereka mempromosikan jenama pro-Israel.

Ramona yang juga isteri kepada warga Palestin, Rami Alashkar, meminta orang ramai melakukan gerakan ‘Blackout 2024’ dengan cara profesional tanpa perlu menyebarkan kebencian.

“Kepada netizen, tak payah nak maki atau kecam di media sosial mereka (artis).

“Kalau awak betul ikhlas untuk sekat mereka, lakukan dengan profesional. Jadilah manusia bertamadun.

“Sama juga kalau awak boikot produk pro-Israel, jangan pergi restoran mereka dan ‘kenakan’ staf. Untuk apa? Adakah awak sedar betapa bodohnya tindakan itu?

“Adakah awak rasa suci bila kacau orang sedang bekerja? Cara itu tidak kena langsung dengan tujuan sebenar,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Pelakon KL Special Force itu juga menyindir golongan selebriti yang baru bersuara isu mengenai Palestin selepas nama mereka berada dalam senarai boikot.

“Saya suka tengok keadaan sekarang di mana sebelum ini sesetengah artis tidak berkongsi sedikit pun tentang Palestin. Apabila nama sudah masuk dalam senarai boikot, barulah terhegeh-hegeh nak muat naik.

“Tapi saya tak percaya itu semua. Awak tak ikhlas dan tidak peduli, saya tidak akan termakan dengan hantaran saat akhir awak.

“Sekarang baru nak bercakap tentang Gaza sedangkan dari dulu awak boleh gunakan platform awak untuk bercakap tentangnya,” katanya.

Ramona turut menyifatkan tindakan artis yang hanya bersuara berkenaan isu Palestin setelah menerima tekanan daripada warganet sebagai mata duitan.

“Lagipula bukan awak yang kena bunuh dan dibom. Apa yang awak kisah ialah dunia dan populariti.

“Kepada yang mengejar duit, awak tidak akan dapat cinta sejati. Siapalah yang nak kisah dengan anak-anak yang hampir mati kan? Hidup awak sudah baik dan enggan ambil tahu, kan?,” sindirnya.

Terdahulu, muncul gerakan di media sosial bernama ‘Blackout 2024’ selepas acara fesyen terbesar dunia, Met Gala.

Ia merupakan solidariti untuk menyekat akaun media sosial selebriti yang berdiam diri terhadap pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Rafah, Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya