Jangkitan kuman di jantung, Cham VE dirawat di PPUM - Utusan Malaysia

Jangkitan kuman di jantung, Cham VE dirawat di PPUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Lah Ahmad, 44, memaklumkan anggota kumpulan VE iaitu Cham kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada jantung.

Menurut Lah, Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil, 46, dimasukkan ke wad hospital berkenaan pada Ahad.

“Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham kini telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkitan kuman pada jantung,” katanya.

Lah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kau Tercipta ini turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar sahabatnya itu diberikan kesembuhan dan dapat menjalani rawatan tanpa sebarang komplikasi serius.

“Dengan rendah diri saya memohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh.

“Semoga urusan rawatan beliau berjalan lancar tanpa komplikasi serius,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya