Jangan sembang macam awak semua kenal saya sangat - Hafiz

Jangan sembang macam awak semua kenal saya sangat – Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hafiz Suip,34, menepis tanggapan salah orang terhadapnya dan menganggap tidak semua orang benar-benar mengenali dirinya secara peribadi.

Perkara itu dikongsikan Hafiz menerusi satu siaran langsung di Tiktok ketika berinteraksi dengan pengikut dan peminatnya semalam.

“Engkau orang tak kenal aku, jadi jangan sembang macam engkau orang kenal aku sangat.

“Ini siaran langsung aku suka hati aku lah nak cakap apa. Kalau tak suka jangan tengok live aku, jangan ‘follow’ aku,” katanya.

Perkara itu juga dipercayai dilakukan oleh Hafiz bagi menepis spelukasi liar mengenai rumah tangganya.

Bapa kepada dua anak itu juga mengingatkan netizen supaya usah suka menyibuk perihal rumah tangga mahupun peribadi orang lain.

Malah, dalam video sama dia turut menzahirkan rasa lucu dengan gosip terbaharu kononnya hubungan dengan isteri, Nureffy Jasreel berantakan gara-gara sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

“Aku ada baca satu komen, dia kata ‘dia (Nureffy) bercerai sebab suami abaikan dia’. Aku rasa kelakar komen itu.

“Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau, tak payah. Orang tak nak tahu. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang,” ujarnya.

Terdahulu, tindakan Hafiz memuat naik gambar anak-anaknya dengan menzahirkan kerinduan terhadap mereka meraih perhatian netizen.

Tanda pagar yang digunakan penyanyi tersebut iaitu #TerusBersinar #JanganMainApi mengundang tanda tanya.

Ramai yang saling berbalas teka-teki mengenai tanda pagar tersebut dan mengaitkannya dengan situasi rumah tangga juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu.

Terdahulu, Hafiz dikatakan menghilangkan diri susulan tindakan menyahaktif akaun Instagram miliknya.

Sekali gus, situasi terbabit seakan memberi petanda rumah tangganya dengan isteri sedang dilanda masalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya