Iqbal Ramadhan ada sebab mahu dikenali sebagai Baale - Utusan Malaysia

Iqbal Ramadhan ada sebab mahu dikenali sebagai Baale

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi kelahiran Indonesia, Iqbaal Ramadhan, mengakui, mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih nama Baale sebagai tanda pengenalan dan nama pentas baharunya kini.

Menurut Iqbaal, antara sebab utama kerana dia mahu memisahkan karektornya sebagai aktor dan penyanyi.

“Saya ingin menjaga nama Iqbaal Ramadhan yang digunakan khusus untuk dunia lakonan. Mungkin selepas ini saya boleh kembangkan sayap dalam dunia penerbitan filem atau bintang iklan.

“Jadi, rasanya memang itu adalah keputusan terbaik untuk memisahkan antara kerjaya lakonan dan muzik menerusi penggunaan nama baharu.

Selain itu, kata pelakon filem Dilan 1990 dan Milea ini, dia juga menanggung perasaan terbeban kerana nama Iqbaal Ramadhan itu sudah dikenali dan sentiasa menerima jangkaan tinggi daripada semua pihak dalam apa jua karya.

“Nama Iqbaal Ramadhan itu sudah diekori dengan jangkaan dan beban moral. Maka, saya fikir, untuk muzik, saya harus menggunakan nama lain.

“Sebelum ini, semasa saya melancarkan tiga buah single dan video klip, respons daripada pendengar dan penonton sangat-sangat bercampur. Tidak sesuai jengkaan dan pelbagai komen lain yang mahunya seperti itu dan ini.

“Boleh bayangkan tidak sekiranya saat itu saya mengeluarkan karya itu tetapi dengan nama Iqbaal Ramadhan, apa pula responsnya?”katanya.

Dalam pada itu, daripada aspek muzik, kata Iqbaal, dia mahu menjadi dirinya sendiri dan berpandangan, apa yang ditampilkan dalam karyanya tidak semestinya akan menepati keinginan pendengar.

“Rasanya ada keinginan untuk benar-benar boleh jujur menjadi diri sendiri, jujur tanpa ada jangkaan tinggi daripada mana-mana pihak.

“Saya ingin santai sahaja dalam berkarya dan ingin bebas mengeksperikan diri. Sebenarnya, nama Baale ini sudah cukup dekat dengan diri saya secara peribadi.

“Sejak membuat akaun media sosial pun, saya sudah menggunakan nama Iqbaale. Teman-teman lama juga sudah biasa memanggil saya dengan panggilan Baale. Saya cuma berharap, semoga nama baharu ini akan menyuntik satu bentuk manifestasi terhadap muzik saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya