Hamil anak pertama, Syahrini syukur doa termakbul - Utusan Malaysia

Hamil anak pertama, Syahrini syukur doa termakbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya, penyanyi, Syahrini, berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya yang kini telah memasuki usia tujuh bulan.

Syahrini atau Rini Fatimah Zaelani, 44, mengesahkan perkara itu menerusi satu perkongsian fotonya dan suami iaitu Reino Barack sedang memegang dan mencium perutnya di Instagram.

Kata penyanyi Indonesia itu, hasrat mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai.

“Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan ia sudah menjadi kenyataan,” katanya.

Syahrini berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Syahrini turut meletakkan tanda pagar 7 months pregnant (tujuh bulan usia kehamilan) sekali gus memberitahu usia kandungannya kini memasuki trimester ketiga.

Sebelum ini, timbul khabar angin Syahrini dikatakan sedang hamil anak pertama selepas foto terbaharunya tular di media sosial.

Peminat mula membuat spekulasi Syahrini berbadan dua selepas gambarnya sedang berjalan bersama suami berjaya dirakam netizen.

Netizen membuat andaian penyanyi itu hamil apabila bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi meskipun dalam persalinan jubah yang longgar.

Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun.

Selepas berumah tangga, Syahrini mengambil keputusan berehat dari dunia hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya