Hafiz Suip ‘hilang’, rumah tangga bergolak? - Utusan Malaysia

Hafiz Suip ‘hilang’, rumah tangga bergolak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi, Hafiz Suip, menimbulkan tanda tanya apabila telah menyah aktif semua akaun media sosial miliknya sejak Khamis.

Tindakan Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip,34, dikatakan mempunyai kaitan dengan status rumah tangga bersama isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah, yang didakwa sedang bergolak.

Bagaimanapun, pengurus kepada penyanyi Kisah Cinta Itu yang dikenali sebagai Philip, menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka dalam keadaan baik.

“Hubungan dia dan isteri baik-baik sahaja. Tiada masalah,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bukan sahaja menghilang di laman sosial, status rumah tangga mereka juga menimbulkan tanda tanya apabila kelibat penyanyi asal Sarawak itu juga tidak kelihatan di dalam video sambutan ulang tahun kelahiran isteri di Instagram yang juga merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

Menurut pengurus itu lagi, pihaknya tidak mengetahui mengapa penyanyi itu bertindak demikian dan berusaha mendapatkan respons terkini daripada Hafiz.

“Media sosial miliknya tidak digodam. Mungkin dia sedang sibuk dengan urusan di Sarawak,” katanya.

Utusan Malaysia telah cuba menghubungi penyanyi tersebut namun usaha itu gagal apabila artis berkenaan tidak mengangkat panggilan telefon.

Terdahulu, Hafiz Suip dan Nureffy Jesreel selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 14 Mei 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri (7) dan Alkaf Zayne (4).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya