Dunia perlu hentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel - Dua Lipa - Utusan Malaysia

Dunia perlu hentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel – Dua Lipa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Dua Lipa, mengecam tindakan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Israel (IDF) di Rafah, Palestin.

Dalam sebuah hantaran menerusi Instagram Story, Lipa menegaskan, tidak ada kanak-kanak yang wajar melalui tragedi dibakar seperti yang terjadi di wilayah itu.

“Tiada justifikasi yang boleh diberikan untuk membolehkan kanak-kanak dibakar hidup-hidup.

“Dunia perlu bergerak bersama-sama untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel,” tulisnya.

Dengan jumlah pengikut sebanyak 88 juta di Instagram, pemenang Anugerah Oscar 2021 itu mengajak orang ramai untuk menyatakan sokongan kepada Palestin.

“Tolong nyatakan sokongan anda semua kepada Gaza. Gencatan senjata selamanya diperlukan sekarang,” sambungnya yang disusuli tanda pagar kempen AllEyesOnRafah.

Artis kelahiran Amerika-Albania itu mula bersuara selepas IDF meletupkan khemah pelarian di Rafah menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh pada Isnin.

Lipa merupakan antara selebriti yang menandatangani gerakan Artists for Ceasefire dan menyerahkan surat kepada presiden Amerika Syarikah, Joe Biden, untuk melakukan gencatan senjata di Gaza.

Terdahulu, Lipa mendedahkan, keluarganya berhijrah ke London selepas terpaksa meninggalkan rumah akibat perang yang tercetus di Kosovo.

Oleh itu, Lipa mengakui memahami perasaan rakyat Palestin yang terpaksa keluar daripada rumah dan mencari perlindungan di tempat yang selamat untuk keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN