Chentaku dipakai 40 ribu pengguna, Zizan, Joe Flizzow rancang projek muzik terbaru - Utusan Malaysia

Chentaku dipakai 40 ribu pengguna, Zizan, Joe Flizzow rancang projek muzik terbaru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teruja lagu Chentaku yang diterbitkan enam tahun lalu kembali tular, penyanyi, Zizan Razak, mendedahkan kini sedang merangka projek muzik terbaharu bersama komposer, Joe Flizzow.

Walaupun masih di peringkat awal, Zizan berkata, lagu yang bakal dihasilkan itu merupakan kesinambungan daripada Chentaku yang dinyanyikan bersama SonaOne pada 2017.

“Chentaku merupakan ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow. Semalam Joe ada menghubungi saya menyatakan kegembiraan lagu itu kembali tular.

“Jadi kami sepakat untuk adakan projek baharu. InsyaAllah, mungkin akan ada lagu Chentaku 2.0 selepas ini.

“Saya benar-benar tak sabar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular ke-32 itu juga tidak menyangka lagu pop dengan elemen hip hop dan reggae itu kembali mencuri tumpuan di media sosial.

Berikutan itu, Zizan bakal memuat naik sebuah video khas lagu Chentaku dalam versi akustik tidak lama lagi.

“Di Spotify pun lagu itu kembali mendapat ramai pendengar. Manakala di TikTok, sudah lebih 40,000 video menggunakan lagu itu.

“Chentaku asalnya disimpan 5 tahun sebelum diterbitkan pada 2017. Jadi dalam tak sedar, ia sudah berusia 11 tahun.

“Oleh itu, saya dan SonaOne dalam perancangan menyanyikan semula lagu itu dalam versi akustik,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyebabkan lagunya menjadi tular sehingga ke luar negara.

“Terima kasih kepada yang kembali viralkan lagu ini. Ada yang hantar pautan kepada saya menunjukkan mereka di negara barat juga turut menggunakan lagu ini. Itu sangat membanggakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya