Berlakon filem Indonesia, Amir Ahnaff akui kena belajar 'ngobrol' - Utusan Malaysia

Berlakon filem Indonesia, Amir Ahnaff akui kena belajar ‘ngobrol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Amir Ahnaff, mengakui agak kekok untuknya memperbetulkan bahasa Melayu standard setelah berbulan-bulan membiasakan diri berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Indonesia gara-gara menjayakan sebuah filem di sana baru-baru ini.

Menurut Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, sepanjang terbabit dalam filem tersebut, antara inisiatif yang dilakukan untuk memastikan bahasa Indonesianya kedengaran fasih adalah dengan banyak berinteraksi dengan warga tempatan.

“Filem ini memang mencabar bukan hanya disebabkan jalan cerita. Tetapi saya juga kena ‘ngobrol’ dalam bahasa Indonesia yang tentu sahaja mustahil dapat dilakukan seperti orang lokal.

“Namun pengarah memberikan saya masa untuk belajar bercakap macam warga tempatan, jadi sepanjang tempoh itu saya banyak berbual dengan orang sekeliling termasuk pemandu Grab dan gojek.

“Hasilnya sangat membanggakan apabila pengarah serta pelakon Indonesia yang terbabit dalam filem ini memuji usaha saya itu,” katanya.

Selain itu, kata Amir, sepanjang penggambaran di Jakarta sekitar pertengahan tahun lalu, hanya dia dan Nora Danish merupakan pelakon dari Malaysia.

Bagaimanapun babak aktres berkenaan dapat diselesaikan selama seminggu manakala Amir perlu ada di set hampir sebulan yang memaksanya langsung tidak bercakap bahasa Melayu sepanjang tempoh itu.

Katanya, situasi itu sekali gus membuatkan perbendaharaan kata Indonesianya semakin bertambah dan lenggok perbualannya juga sudah seperti warga tempatan di sana.

“Banyak kebaikan apabila kita sendirian di tempat orang kerana kita dapat biasakan diri selain perlu bergaul dengan semua orang.

“Ketika penggambaran Terkutuk, awalnya memang ada Nora Danish, tetapi dia pulang lebih awal disebabkan komitmennya sudah selesai.Apabila saya hanya satu-satunya pelakon Malaysia di set, saya langsung tidak cakap Melayu.

“Itu kelebihan sebenarnya yang membolehkan saya fasih berbahasa Indonesia. Ketika selesai kerja dan keluar ambil angin pun orang menyangka saya asal Indonesia sebab sangat lancar. Seronok apabila misi belajar bahasa berjaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya