Band Cokelat bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Band Cokelat bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas sekian lama, band Cokelat hadir membawa berita gembira buat peminat-peminatnya apabila mengumumkan bakal mengadakan sebuah konsert pada 7 September 2024 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut vokalisnya, Kikan, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas.

“Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia.

“Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat” ujar vokalis itu lagi,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services yang merupakan penganjur konsert, Rosden Rahmat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.

Malah, katanya, Tanjak Global Services juga ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun.

“Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang.

“Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,”katanya.

Untuk info, Cokelat yang dianggotai Kikan, Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.

Antara lagu-lagu popular Cokelat adalah Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi. Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing),

Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (PER PAX) (8 PAX PER ROOM) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.uber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya