All Eyes on Rafah, saya cakap siapa itu bukan apa itu - Ning Baizura - Utusan Malaysia

All Eyes on Rafah, saya cakap siapa itu bukan apa itu – Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ning Baizura, bangkit mempertahankan diri dengan mendakwa video tular mengenai kecanggungannya bertanya mengenai siapakah ‘All Eyes on Rafah’ ketika membuat siaran langsung di Instagram baru-baru ini sebenarnya telah disunting oleh pihak tertentu.

Menerusi satu hantaran video di platform yang sama semalam, Ning berkata, dia tidak sengaja memberikan respons sedemikian selepas mengalami kesukaran menyebut nama peminat sebelum itu.

“Kalau awak ada peluang untuk menonton keseluruhan video itu pasti awak tahu apa yang berlaku dan saya ada kongsi di Instagram saya. Ketika peminat meminta lagu, saya membaca komen yang keluar dan pada ketika itu secara khususnya saya bercakap nama penonton yang sukar disebut.

“Semasa saya baca komen peminat, saya tanpa sengaja saya beri reaksi seperti itu. Saya tak bermaksud untuk mempersenda situasi dan tempat itu dan sebab itu saya cakap ‘siapa itu’ bukan ‘apa itu’,”katanya.

Berikutan itu, jelas Ning, dia kecewa kerana kekecohan berlaku akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang telah menyunting video itu.

Ini kerana, katanya, sebelum ini, dia menyedari penderitaan rakyat Palestin dan mengakui turut membuat sumbangan secara diam-diam.

“Saya rasa perkara kecil ini telah tular tanpa mengetahui situasi yang sebenarnya. Sangat mudah bagi orang lain untuk sunting seperti yang tular.

“Terus terang saya tidak berniat hendak menyakiti sesiapa pun kerana saya tahu apa yang berlaku di Palestin sebab saya banyak menyumbang bagi pihak saya. Cuma benda-benda amal ini tidak perlu diuar-uarkan semuanya datang dari hati kita,”katanya.

Di samping itu, Ning berharap semua pihak dapat mendengar penjelasan yang diberikannya ini.

“Saya di sini bukan ingin memberi alasan tapi sebagai manusia kita berhak untuk mendengar kedua-dua belah pihak sebelum menyerang Instagram saya menggunakan kata-kata kasar.

“Segelintir peminat saya keluar memberikan kenyataan terima kasih untuk sokongan itu dan yang tidak mengikuti saya keluarkan pelbagai perkataan tidak sedap didengar,”katanya.

Terdahulu, Ning menerima kecaman teruk daripada wargamaya di aplikasi X berikutan didakwa tidak cakna mengenai ‘All Eyes on Rafah’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya