Alif Satar tidak bodoh sangat pilih gereja lokasi persembahan - Sahabat - Utusan Malaysia

Alif Satar tidak bodoh sangat pilih gereja lokasi persembahan – Sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penyanyi, Alif Satar serta kumpulannya The Locos menafikan bahawa mereka telah membuat persembahan di sebuah dalam gereja di St John’s Hyde Park, London pada April lalu.

Alif yang diwakilkan sahabatnya, Zaidan Zainuddin, bagaimanapun bertegas bahawa tanggapan yang bertebaran adalah tidak benar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zaidan berkata dewan tersebut sering dijadikan sebagai pusat komuniti untuk pelbagai acara di London.

“Orang kita cepat melatah, isu Alif buat konsert di gereja. Awak semua tahu tak gereja yang disewa oleh pihak penganjur adalah pusat komuniti yang memang khas disewakan.

“Saya sudah cakap sebelum ini, Alif tak bodoh sangat untuk buat keputusan bab memilih lokasi persembahan dia,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mempertahankan penyanyi berusia 33 tahun itu.

“Dasar bimbo, ini dewan orang ramai. Tempat tu nama Hyde Park, bukan gereja. Buat malu saja,” komen seorang peminat.

“Amalkan buat kajian dulu sebelum buat apa-apa tuduhan, takut hujung-hujung malu sebab kebodohan diri sendiri,” komen pengguna yang lain.

Sebelum ini terdapat seorang pengguna Tiktok meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan Alif itu kerana membuat persembahan di dalam gereja sedangkan penyanyi itu sering mengajak orang lain ke masjid.

“Selepas dia layan program solat Subuh macam Jumaat di masjid, dia sambung layan goyang macam disko di gereja pula,” tulis warganet itu.

Dalam pada itu, komen tersebut telah mendapat perhatian Alif dan dia turut memberikan respon pendek berkenaan isu itu.

“Tak apa la bro, kau tak tahu,” komennya ringkas.

Alif Satar dan kumpulan The Locos telah mengadakan konsert jelajah pada 28 April di London yang telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat GB Gold.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya