KUALA LUMPUR : Tidak mampu menahan rasa marah, adik kepada pelakon, Bella Astillah, Didi Astillah mengingatkan abang iparnya, Aliff Aziz supaya berhenti memutar belit kenyataan berhubung kakaknya dan keluarga.
Menerusi hantaran di Instagram, Didi meluahkan rasa kesal kerana Aliff banyak mencanang mengenai kesalahan Bella tetapi tidak berhubung kes tangkap khalwat membabitkan dirinya dan pelakon, Ruhainies.
“Daripada siaran podcast, temu bual sana sini tetapi bila bab kes tak nak ulas apa-apa. Bila soal kesalahan Kak Long saya panjang berjela seolah-olah mereka nak menutup kes khalwat itu macam itu sahaja.
“Saya pun jadi pening bila dengar kenyataan dan jawapan yang lari dari topik tiap kali temu bual. Sudah-sudahlah itu bagi kenyataan dan nak tunjuk kemarahan. Lebih baik diam sebab salah sendiri,”katanya.
Selain itu, bagi Didi, dia harus membuka mulut mengenai perkara ini kerana enggan membiarkan kakaknya itu terus ditindas dengan kenyataan tidak benar.
“Sumpah dah malas sebenarnya nak cakap apa-apa tapi macam tak berhenti pula dia keluarkan kenyataan yang lari topik. Mungkin Kak Long saya jenis penyabar dan boleh diam, tapi saya tak suka bila Kak Long saya ditindas dengan putaran dan belitan ayat-ayat mereka ini.
“Saya dibesarkan bukan sejenis menangkan keluarga kalau betul dah buat salah. Ya, Kak Long saya pernah buat kesalahan, tapi kalau abang sayang, hormat dan perlakukan dia sebagai seorang Isteri, mustahil untuk benda-benda itu terjadi.
“Setelah 10 tahun dia terima dan bersabar atas kecurangan abang. Tapi dia dah lama pun bertaubat dan yang paling penting mengaku dan sedar dengan kesilapan, tapi abang ? Bila nak bertaubat?
“Salah tetap salah. Saya percaya apa yang mereka cuba buat adalah untuk mengaburkan mata semua orang dengan kes tangkapan khalwat mereka yang mana benda inilah yang paling penting dan utama bukan hal lain,”katanya.
Pada masa yang sama, bagi Didi, aktor itu tidak perlu berasa terkilan dengan tindakan Bella terhadap ibu Aliff selain memintanya untuk ingat kembali jasa baik isterinya terhadap keluarga mereka.
“Kalau mak abang lupa, tolong ingatkan pada dia, Kak Long saya punya jasa dan kebaikan memaafkan abang berkali kali-kali itu satu benda yang bukan semua orang boleh buat.
“Kebaikan mama kami pula selama bertahun-tahun, siap pernah masakkan setiap minggu untuk 40 peminat Aliff Aziz di Gegar Vaganza (GV), bukan katering tetapi mama masak dan bungkus sendiri.
“Tak pernah sekali pun hal buruk tentang mak abang yang pernah keluar dari mulut kakak saya atau keluarga saya. Tapi rupanya mak dan keluarga abang, mengutuk Kak Long saya termasuk keluarga kami termasuk tentang saya sekali.
“Padahal semua ni hanya bermula kerana kesalahan abang sendiri (kes khalwat)
Sayangnya Kak Long saya pada abang sampai adik kami pun dia sanggup ketepikan supaya anak-anaknya tak kehilangan seorang bapa,”katanya.
Dalam pada itu, Didi turut menyindir Ruhainies dan mendakwa tahu aktres tersebut merupakan individu yang mencanang kepada ramai dan menuduh Bella memerangkapnya bersama Aliff berhubung kes khalwat sebelum ini.
“Yang seorang lagi itu, lepas minta maaf pun ingat saya tak tahukah awak yang tetap pergi kepada orang dan masih cakap yang Bella ‘perangkap’? Munafik!
“Kita ini zaman bila nak perangkap-perangkap? Awak tak cukup umur lagilah atau awak dah gila atau kedua-duanya sekali?”katanya.
Luahan dan pendedahan Didi itu turut mendapat pelbagai respons daripada pengikut dan warganet yang sebelum ini cukup maklum mengenai kontroversi antara Aliff, Ruhainies, Bella sehingga membabitkan seorang wanita yang muncul di media sosial dengan mendakwa dirinya merupakan kekasih gelap aktor itu.