KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, mengakui pernah mencuba untuk memujuk isterinya, Bella Astillah dengan menunjukkan perubahan demi memperbaiki hubungannya dan rumahtangga namun tetap menemui kegagalan.
Menurut penyanyi lagu Sayang Sayang itu, selepas mengetahui hubungan yang terjalin antara isterinya dan Muaz Zabir, dia cuba melayani Bella dengan sebaik mungkin namun usahanya itu sia-sia.
“Saya berbincang dengan dia bersama keluarga saya dan juga keluarga mertua. Saya tanya dia, ada apa-apa nak cakap, tapi dia kata tiada. Selepas kejadian itu, saya berubah 360 darjah, saya layan Bella macam puteri. Beli bunga, cokelat. Ikut hobi dia, pergi bercuti.
“Tapi mungkin dah terlambat. Bella cakap dia dah tawar hati. Walaupun lambat, tapi saya masih mencuba. Apa yang saya buat ini dengan harapan dia dapat suami yang sepatutnya dia dapat dulu,”katanya.
Malah Aliff akui sejak daripada itu, rumah tangga mereka semakin berantakan selain kerap berlakunya pergaduhan disebabkan perkara-perkara kecil.
“Bella minta cerai depan anak-anak, kemudian saya cakap kalau betul nak bercerai dia kena fail kanlah. Selepas itu, dia beritahu saya dia dah jumpa peguam. Minta saya beri kerjasama.
“Bella pun pernah tarik balik perceraiannya tapi masa itu saya terfikir, takkan nak cerai saya kena ikut dan nak tarik perceraian pun saya kena ikut.
“Tapi itu adalah penyesalan bagi saya, andai kata saya ikut cakap Bella untuk tarik perceraian tu dan selesaikan masalah, semuanya okay,”katanya.