Ailee, Choi Si Hun bakal berkahwin - Utusan Malaysia

Ailee, Choi Si Hun bakal berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Selepas lama berteka-teki, agensi bakat, ASZ Entertainment, akhirnya mengesahkan kekasih yang juga bakal suami kepada penyanyi terkenal, Ailee, ialah Choi Si-hun.

Jejaka tersebut merupakan peserta program pencarian jodoh terkenal, Single’s Inferno musim pertama.

“Betul, Ailee sekarang sedang bercinta dengan Choi Si-hun,” tulis agensi berkenaan menerusi aplikasi Naver.

Populariti Choi bagaimanapun semakin meningkat naik apabila sudah membintangi beberapa siri drama seperti The New Employee, I Ate Well Today, Cafe Kilimanjaro, Clumsy Love dan I Started Following Romance.

Tahun lalu, Choi pernah memuat naik gambar bersama Ailee dan rakan-rakan semasa ulang tahun kelahirannya namun tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa mereka sedang bercinta.

Sebelum ini, Ailee pernah memberi bayangan bahawa bakal mengakhiri zaman solonya pada tahun hadapan namun merahsiakan siapakah gerangan individu yang berjaya mencuri hatinya.

Penyanyi Breaking Down itu bagaimanapun memberi bayangan bahawa calon suaminya bukan seorang selebriti dan bekerja sebagai usahawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya