Aidil Aziz kecewa, anggap Faisal Halim dianiaya - Utusan Malaysia

Aidil Aziz kecewa, anggap Faisal Halim dianiaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tragedi disimbah asid yang menimpa pemain bola, Faisal Halim baru-baru ini membuatkan pelakon, Aidil Aziz turut berasa berang dengan tindakan pelaku dengan menyifatkannya sebagai satu penganiayaan yang disengajakan.

Aidil Aziz, 36, secara peribadi berpendapat, Faisal merupakan seorang individu yang baik serta tidak sombong ketika mereka berada di set penggambaran filem ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’ pada tahun lalu.

Ujarnya, kejadian yang menimpa pemain bola itu juga merupakan perkara yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana atlet sukan Malaysia sebelum ini.

“Saya tak tahu kenapa, kalau ada masalah peribadi pun, janganlah sampai macam itu sekali kerana ini perkara yang serius,” katanya.

Selain itu, Aidul turut menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai satu perkara yang salah dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya agak risau dengan benda macam ini kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Kalau boleh, pihak yang berwajib perlu anggap kejadian ini sebagai satu perkara yang serius untuk ditangani.

“Kalau benda ini tidak tangani, mungkin akan terjadi kepada orang lain seperti pemain bola sepak ataupun penggiat seni dalam industri filem tanah air,” jelasnya.

Terdahulu,  Faisal telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada Ahad lepas sehingga disahkan melecur tahap empat.

Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya